top of page

KATA ALUAN PRESIDEN PERBIMA

I.jpg

Apabila kita menghadapi isu yang berkaitan dengan diri sendiri seperti kebimbangan melampau (anxiety), tekanan perasaan, kemurungan, kesedihan dan sebagainya, kadangkala kita sukar untuk memahami apa yang sedang berlaku pada tubuh dan minda kita. Perasaan sebegini amat memeritkan bagi seseorang individu yang terpaksa melaluinya bersendirian dan tidak dapat berkongsi dengan orang lain.  

​

Kebelakangan ini semakin banyak dipaparkan isu remaja, kanak-kanak dan golongan dewasa yang mempunyai masalah kemurungan, kebimbangan melampau, trauma, kecelaruan jantina, tekanan perasaan serta banyak lagi masalah berkaitan jiwa, emosi dan tingkahlaku di mana keluarga, rakan, majikan mahupun pendidik tidak menyedari golongan tersebut  mempunyai masalah yang serius.  Namun begitu, ramai yang beranggapan mereka normal dan tidak memerlukan bantuan rawatan atau terapi. 

Penggunaan buku dikatakan mampu merawat seseorang yang mengalami masalah gangguan jiwa dan emosi tanpa memerlukan kos yang tinggi dan kebanyakan buku boleh didapati dengan mudah di perpustakaan mahupun dalam talian. Teknik terapi menggunakan buku ini dkenali sebagai biblioterapi (“bibliotherapy”). Sasaran biblioterapi adalah untuk mengatasi masalah berkaitan jiwa, emosi dan tingkahlaku dengan menggunakan bahan bacaan untuk membantu seseorang individu dengan memberikan mereka sokongan, motivasi, panduan dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan seterusnya mampu untuk hidup bahagia.

​

Justeru itu, seminar dalam talian ini di adakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan memberi maklumat mengenai biblioterapi. Terapi buku ini bukan sekadar melahirkan masyarakat bermaklumat malahan mampu membantu mereka untuk sentiasa mempunyai minda yang sihat dan positif serta mampu meningkatkan budaya minat membaca di kalangan masyarakat.

​

Semoga dengan adanya seminar seumpama ini, semakin ramai rakyat Malaysia akan menyedari betapa pentingnya kesihatan mental dan terapi alternatif yang boleh diamalkan untuk merawat masalah berkaitan gangguan jiwa dan emosi. Perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan dari pembentang-pembentang yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing diharapkan akan memberi lebih kefahaman mengenai manfaat biblioterapi kepada masyarakat.

​

Sekian, terima kasih,

​

Rafidah Abdul Aziz
Presiden PERBIMA

 

@ 2021. All right reserved

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page