persATUAN BIBLIOTERAPI MALAYSIA

Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA) ditubuhkan pada 31 Oktober 2017. Tujuan utama penubuhannya adalah bagi memberi kesedaran dan seterusnya memperkenalkan kaedah biblioterapi sebagai kaedah intervensi untuk menyelesaikan masalah dan kesukaran dalam menangani gangguan tingkah laku dan minda di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan menggunakan bahan-bahan kesusasteraan yang sesuai yang terdapat di perpustakaan.
Objektif

-
Mengenalpasti bahan-bahan bacaan yang mempunyai unsur-unsur biblioterapi bagi kegunaan pengguna yang mempunyai masalah.


-
Menyediakan jalan penyelesaian kepada pengguna yang bermasalah ini dengan mengesyorkan bahan bacaan yang menyamai masalah yang sedang mereka hadapi.
-
Memberi kesedaran kepada para kaunselor dan guru di Malaysia untuk menyedari bahawa perpustakaan berperanan untuk membantu dalam menyediakan/mengesyorkan bahan-bahan yang boleh digunakan semasa sesi kaunseling dan pembelajaran bagi mengenalpasti golongan yang bermasalah ini.


-
Menggalakkan golongan ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara realistik dan rasional.
-
Membantu menurunkan peratusan kanak-kanak dan remaja yang terlibat dengan masalah sosial.


-
Menggalakkan budaya membaca di kalangan golongan ini secara berterusan sama ada melalui pembacaan kendiri, pembacaan berpandu atau sesi bercerita.
-
Perpustakaan sebagai platform yang akan menyediakan persekitaran yang kondusif serta mencadangkan buku-buku yang bersesuaian bagi program seperti ini

-
Memupuk kesedaran pentingnya membantu melahirkan masyarakat yang mempunyai minda yang sihat dan positif melalui pembacaan.